Saturday, September 13, 2008

Tugasan 2E

Tulis sebuah karangan bertajuk berikut.  Karangan kamu hendaklah ditulis di dalam kertas fulskap dan panjang karangan kamu tidak boleh kurang daripada 300 patah perkataan.

Semangat Kejiranan Yang Kuat Mengutuhkan Perpaduan Masyarakat.


Karangan hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 16 September 2008, Selasa.

Friday, September 12, 2008

Tugasan Karangan 1NA

Tulis sebuah karangan yang bertajuk berikut.  Karangan kamu TIDAK BOLEH kurang daripada 280 patah perkataan.  Kamu dikehendaki menulis jumlah pekataan di akhir karangan kamu.  Karangan kamu hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 16 September 2008 (Selasa).    

Ciri-ciri seorang pelajar yang cemerlang.  Bincangkan.  [50 markah]

Panduan:

Perenggan Pertama

Pendahuluan

Apakah tanggapan masyarakat, diri kamu, sekolah, Islam seorang pelajar yang cemerlang?  Apakah yang dimaksudkan dengan ‘cemerlang’?

 

Isi #1

- Ciri-ciri pelajar cemerlang  (contoh : rajin)

- huraian (terangkan apa yang dimaksudkan dengan rajin, kesan dan manfaat bersikap rajin)

- contoh (pengalaman kamu sendiri atau anggota keluarga, cerita-cerita daripada suratkhabar)

 

Isi #2

- Ciri-ciri pelajar cemerlang  (contoh : bertanggungjawab)

- huraian (terangkan apa yang dimaksudkan dengan rajin, kesan dan manfaat bersikap bertanggungjawab)

- contoh (pengalaman kamu sendiri atau anggota keluarga, cerita-cerita daripada suratkhabar)

 

Isi #4

- Ciri-ciri pelajar cemerlang 

- huraian (terangkan apa yang dimaksudkan dengan rajin, kesan dan manfaat bersikap rajin)

- contoh (pengalaman kamu sendiri atau anggota keluarga, cerita-cerita daripada suratkhabar)

 

Isi #3

- Ciri-ciri pelajar cemerlang 

- huraian (terangkan apa yang dimaksudkan dengan rajin, kesan dan manfaat bersikap rajin)

- contoh (pengalaman kamu sendiri atau anggota keluarga, cerita-cerita daripada suratkhabar)

 

Penutup

Apakah kelebihan menjadi cemerlang?  Bagaimana cara hendak menjadi cermerlang? 

Saturday, September 6, 2008

Pelajar 1NA

1. Semua pelajar 1N dikehendaki menyelesaikan pembetulan tugasan karangan yang telah dipulangkan sehingga esok.

2. Semua pelajar dikehendaki mengulangkaji semua aspek tatabahasa yang telah dibentangkan di dalam kelas sehingga esok. Kamu akan diberikan ujian minggu ini. Jika kamu tidak pasti, sila rujuk buku teks 1B. Pastikan kamu baca seluruh buku teks. Tidak ada muka surat yang terkecuali.

3. Tugasan karangan jenis dialog yang lalu sungguh mengecewakan. Ramai yang gagal kecuali seorang sahaja yang lulus. Tahniah kepada Hariz.

Pelajar 2E

Semua pelajar 2E dikehendaki menyediakan teks bahas sebelum hari Khamis. Bahas yang bermauduk 'Bahan Budaya Melayu Tidak Relevan di Kalangan Remaja Melayu Singapura' akan diadakan pada hari Khamis ini 11 Sep 2008 jam 9.15pagi di kelas bahasa Melayu. Setiap peserta diberi masa 2 minit saja.

Pelajar 1E

Semua pelajar 1 Ekspress dikehendaki menyiapkan semua pembetulan tugasan karangan yang sudah dipulangkan. Cikgu akan memeriksanya esok. Sebarang alasan tidak membuat pembetulan tidak akan diterima. Pembetulan hendaklah ditulis dengan pena berwarna hijau dan lat satu baris.

Wednesday, September 3, 2008

Tugasan Untuk 1NA - 3 SEP 2008

Karangan

Seorang pelajar bukan Melayu dan bukan beragama Islam ingin memahami budaya yang diamalkan oleh masyarakat Melayu Islam semasa bulan Ramadhan.  Temannya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam menerangkan sebab, faedah dan amalan yang dilakukan dalam bulan Ramadhan.  Tulis sebuah dialog di antara mereka.  [20 markah]

NOTA :  Kamu boleh gunakan Internet untuk mencari maklumat tambahan mengenai puasa daripada lelaman web yang sahih.

Karangan kamu hendaklah ditaip menggunakan perisian MS Word 2003 dan BUKAN  MS Word 2007.  Gunakan fon Arial berzaiz 12.  Pastikan kamu lat 2 baris  (Klik format -> paragraph -> line spacing -> double).   Setelah 'SAVE' tugasan kamu pastikan fail tersebut dihantar sebagai 'attachment' dalam emel ke alamat emel saya mrhairudin@teacher.com.  Tugasan kamu hendaklah dihantar melalui emel sebelum 5 September 2008 (Jumaat).  Pelajar yang tidak hantar tugasan mereka tepat pada waktu namanya akan dipaparkan dalam blog ini.  

Berikut adalah pelajar-pelajar yang dikehendaki berjumpa saya berkaitan dengan tugasan buku kerja.  Pelajar-pelajar tersebut dikesan meniru sesama sendiri.  Peniruan dianggap satu jenayah besar dan serius dalam kelas bahasa Melayu Cikgu Hairudin.  Pelajar yang didapati bersalah akan didenda dan pelajar yang tidak mengakui kesalahan mereka akan didenda dua kali ganda.  

   Syafiuddin                  Kelas 107
   Muhd Syahman         Kelas 108
   Arifian                         Kelas 108

Kesemua pelajar yang namanya tersenarai di atas wajib berjumpa saya pada hari Isnin 8 Sep 2008.  Gagal berbuat demikian akan dikenakan denda tambahan.

Saturday, August 16, 2008

Wednesday, July 9, 2008

Ke Arah Keperkasaan Bahasa Melayu

Xinmin sekali lagi telah membanggakan seluruh warga sekolah.  Peraduan BICARA KREATIF yang dianjurkan oleh CPDD pada 5 Julai 2008, Sabtu lalu telah menganugerahkan kemenangan kepada  Sekolah Menengah Xinmin untuk mara ke peringkat seterusnya, peringkat akhir. Peringkat akhir akan diadakan di Sekolah Menengah First Toa Payoh jam 8.30 pagi. Seluruh warga Xinmin dijemput hadir untuk memberi sokongan.  Pengetua sekolah, naib pengetua sekolah, guru-guru dan rakan-rakan di Xinmin ingin mengucapkan Tahniah ! dan Syabas ! kepada pelajar-pelajar Menengah 2 aliran Ekspess  Nurul Jannah dan Nur Wahyuni.  Harapan kami semua agar kedua-dua mereka akan pulang dengan piala dan kemenangan sebagai juara.  Teruskan usaha gigihmu untuk memelihara bahasa ibundamu.

Friday, June 27, 2008

Tarikh Peraduan Pidato

























Pertandingan pidato yang akan diadakan di balai rakyat Kaki Bukit dianjakkan pada 12 Julai 2008. Mereka yang berminat untuk ikut bersama menonton dipersilakan. Bayaran masuk $1.00 dikenakan bagi setiap penonton.  Acara ini akan bermula pada jam 6 petang. Sebarang pertanyaan tentang pertandingan pidato, sila ajukan kepada Cikgu Hairudin.

Malam Xinthesis II


Malam Xinthesis II, malam yang bersejarah bagi Sekolah Menengah Xinmin dan jabatan bahasa Melayu.  Konsert besar-besaran yang ditonton seramai 1,500 penonton menggabungkan persembahan daripada seni persembahan Cina dan Melayu.  Persembahan yang berwarna-warni daripada kumpulan tarian Cina, kumpulan opera Cina, kumpulan drama Cina, orkestra Guzheng dan dikir barat berjaya memikat ratusan penonton.  

Persembahan dikir barat yang diwakili oleh pelajar-pelajar Melayu daripada persatuan bahasa dan budaya Melayu (MLDDS) sungguh menakjubkan.  Keseronokan dan kegembiraan pelajar-pelajar Melayu jelas terbayang pada wajah mereka.   Penonton yang menyaksikan persembahan tersebut juga turut meluahkan perasaan puas dan gembira serta tidak putus memuji pelajar-pelajar Melayu di Xinmin.  Kejayaan persembahan dikir barat pada malam Xinthesis II tidak mungkin menjadi kenyataan tanpa usaha, minat, dan kerjasama setiap pelajar-pelajar Melayu di Xinmin serta sokongan dan dorongan daripada guru-guru yang  sentiasa mengambil berat terhadap pelajar-pelajar mereka.  




Bagi pihak guru-guru bahasa Melayu dan Cikgu Hafizhah, kami mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua peserta dikir barat dan Hidayah selaku presiden MLDDS dan tenaga pengajar dikir barat (instructors) yang telah bertungkus lumus bertugas sepanjang persiapan untuk Xinthesis II.

Saturday, June 21, 2008

Latihan Pemeriksaan Suhu



Semua pelajar dikehendaki membawa alat jangkasuhu (thermometer) ke sekolah sepanjang minggu ini.  Pengambilan bacaan suhu akan dilakukan pada setiap pagi sebelum kelas bermula. Mereka yang telah menghilangkan alat jangkasuhu, segerakanlah mendapatkannya sebelum esok.

Thursday, June 12, 2008

Aktiviti Seni & Bahasa Melayu




Tidak lama lagi, Auditorium Polytechnic Republic akan digemparkan dengan persembahan Dikir Barat yang dijayakan oleh seumpulan pelajar-pelajar Melayu daripada Persatuan Bahasa Melayu, Drama dan Tarian, Sekolah Menengah Xinmin.  Acara ini merupakan satu-satunya persembahan seni yang mewakili budaya Melayu selain persembahan-persemabahan seni Tionghua seperti Opera Cina, Tarian Cina dan Guzheng.  Tiket untuk menonton konsert Xinthesis II yang dianjurkan oleh Sekolah Menengah Xinmin boleh dibeli dengan harga $12 dan $15 setiap satu.  Konsert Xinthesis II akan berlangsung pada 26 Jun 2008, Khamis, bermula jam 7.30 malam.

Satu peraduan pidato akan diadakan di Balai Rakyat Kaki Bukit anjuran bersama Jawatankuasa Eksekutif Aktiviti Melayu Balai Rakyat Kaki Bukit dengan Sekolah Menengah Bedok Town pada 28 Jun 2008, Sabtu.  Tahun ini, dua peserta akan mewakili Sekolah Menengah Xinmin untuk bertanding dalam peraduan pidato tersebut.  Peserta yang terpilih ialah Nur Afiqah Binti Hakemshah dari kelas 203 dan Nur Wahyuni Binti Abdul Halid dari kelas 203.  Mauduk yang akan dibentangkan ialah 'Bahasa SMS Mempengaruhi Penulisan Seseorang'.  Semua pelajar Melayu di Xinmin digalakkan hadir untuk menyaksikan pertandingan ini  sebagai sokongan kepada rakan yang akan bertanding.  Pelajar-pelajar yang mempunyai idea dan ingin menyumbang buah fikiran yang bernas dipersilakan tampil untuk berkongsi pandangan kamu dengan perserta.  Pertandingan ini akan berlangsung di Bedok North St. 3, Dewan Balai Rakyat Kaki Bukit dan bermula pada jam 2.30 petang.  

Pada 5 Julai 2008 - Sabtu, satu lagi peraduan yang menguji kecekapan penggunaan bahasa Melayu akan diadakan bersempena Kempen Bulan Bahasa 2008.  Peserta dikehendaki membuat pembentangan secara kreatif untuk mempromosikan novel bahasa Melayu yang telah dibaca dan digemari mereka.  Dua perserta yang akan mewakili Sekolah Menengah Xinmin ialah Nur Wahyuni Binti Abdul Hamid dari kelas 203 dan Nurul Jannah Binti Baharum dari kelas 205.  Semua pelajar dijemput menyaksikan peraduan tersebut.  Maklumat lanjut akan diumumkan tidak lama lagi.

Wednesday, June 11, 2008

Salam Sejahtera


Terlebih dahulu, Cikgu ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar yang lulus peperiksaan pertengahan tahun dengan cemerlang. Bagi pelajar-pelajar yang berazam hendak memperbaiki dan memperolehi keputusan yang lebih baik untuk penggal ini, pesan Cikgu - gandakanlah usaha kamu dari penggal lepas, pasti kejayaan akan menjadi kenyataan.

Bagi semua pelajar-pelajar didikan Cikgu Hairudin, sila lawati laman ini dengan kerap kerana Cikgu akan sentiasa kemas kini segala maklumat terkini, memaklumkan tugasan harian, dan mengulas perkembangan/pencapaian pelajar.