
Xinmin sekali lagi telah membanggakan seluruh warga sekolah. Peraduan BICARA KREATIF yang dianjurkan oleh CPDD pada 5 Julai 2008, Sabtu lalu telah menganugerahkan kemenangan kepada Sekolah Menengah Xinmin untuk mara ke peringkat seterusnya, peringkat akhir. Peringkat akhir akan diadakan di Sekolah Menengah First Toa Payoh jam 8.30 pagi. Seluruh warga Xinmin dijemput hadir untuk memberi sokongan. Pengetua sekolah, naib pengetua sekolah, guru-guru dan rakan-rakan di Xinmin ingin mengucapkan Tahniah ! dan Syabas ! kepada pelajar-pelajar Menengah 2 aliran Ekspess Nurul Jannah dan Nur Wahyuni. Harapan kami semua agar kedua-dua mereka akan pulang dengan piala dan kemenangan sebagai juara. Teruskan usaha gigihmu untuk memelihara bahasa ibundamu.