
Tidak lama lagi, Auditorium Polytechnic Republic akan digemparkan dengan persembahan Dikir Barat yang dijayakan oleh seumpulan pelajar-pelajar Melayu daripada Persatuan Bahasa Melayu, Drama dan Tarian, Sekolah Menengah Xinmin. Acara ini merupakan satu-satunya persembahan seni yang mewakili budaya Melayu selain persembahan-persemabahan seni Tionghua seperti Opera Cina, Tarian Cina dan Guzheng. Tiket untuk menonton konsert Xinthesis II yang dianjurkan oleh Sekolah Menengah Xinmin boleh dibeli dengan harga $12 dan $15 setiap satu. Konsert Xinthesis II akan berlangsung pada 26 Jun 2008, Khamis, bermula jam 7.30 malam.
Satu peraduan pidato akan diadakan di Balai Rakyat Kaki Bukit anjuran bersama Jawatankuasa Eksekutif Aktiviti Melayu Balai Rakyat Kaki Bukit dengan Sekolah Menengah Bedok Town pada 28 Jun 2008, Sabtu. Tahun ini, dua peserta akan mewakili Sekolah Menengah Xinmin untuk bertanding dalam peraduan pidato tersebut. Peserta yang terpilih ialah Nur Afiqah Binti Hakemshah dari kelas 203 dan Nur Wahyuni Binti Abdul Halid dari kelas 203. Mauduk yang akan dibentangkan ialah 'Bahasa SMS Mempengaruhi Penulisan Seseorang'. Semua pelajar Melayu di Xinmin digalakkan hadir untuk menyaksikan pertandingan ini sebagai sokongan kepada rakan yang akan bertanding. Pelajar-pelajar yang mempunyai idea dan ingin menyumbang buah fikiran yang bernas dipersilakan tampil untuk berkongsi pandangan kamu dengan perserta. Pertandingan ini akan berlangsung di Bedok North St. 3, Dewan Balai Rakyat Kaki Bukit dan bermula pada jam 2.30 petang.
Pada 5 Julai 2008 - Sabtu, satu lagi peraduan yang menguji kecekapan penggunaan bahasa Melayu akan diadakan bersempena Kempen Bulan Bahasa 2008. Peserta dikehendaki membuat pembentangan secara kreatif untuk mempromosikan novel bahasa Melayu yang telah dibaca dan digemari mereka. Dua perserta yang akan mewakili Sekolah Menengah Xinmin ialah Nur Wahyuni Binti Abdul Hamid dari kelas 203 dan Nurul Jannah Binti Baharum dari kelas 205. Semua pelajar dijemput menyaksikan peraduan tersebut. Maklumat lanjut akan diumumkan tidak lama lagi.