Monday, February 16, 2009

PEMBETULAN “SYARIKAT PELANCONGAN CAHAYA” – 2NA

Pemahaman

1. Masjid Omar Ali Saifuddien menjadi tumpuan pelancong kerana masjid itu dianggap indah dan menjadi lambang agama Islam di Brunei Darussalam.

2. Kampong Ayer ialah kawasan yang istimewa kerana di situ terdapat rumah terapung dan mempunyai kemudahan yang lengkap seperti sekolah, klinik, masjid dan balai polis.

3. Taman Persiaran Damuan mempunyai tempat beriadah, tempat yang membolehkan pengunjung melihat Istana Nurul Iman dan mempunyai ukiran batu yang bertemakan ‘Kesatuan dalam Kepelbagaian’.

4. Tasek Merimbun merupakan tasik yang terbesar di Brunei, mempunyai bentuk ‘S’ yang unik, terdapat pulau kecil di tengah-tengah tasik, dan menjadi rumah kepada pelbagai burung dan botani.

5. Bandar Seria penting kepada Negara Brunei Darussalam kerana bandar tersebut mengeluarkan minyak.

 

Kosa Kata

1. menakjubkan

2. sederhana

3. menggembirakan

4. pemandangan

5. luar biasa

 

Bina Ayat

1. Hasil kraftangan yang dihasilkan oleh Hamzah sungguh menakjubkan kerana belum pernah ada ahli persatuan kraftangan Kampong Seri yang berjaya mereka kraftangan yang cantik.

2. Harga ikan sekilo yang dijual di pasar Geylang sangat berpatutan menyebabkan golongan penduduk yang berpendapatan rendah juga mampu membelinya.

3. Aktiviti memancut air ke arah rakan-rakan dengan menggunakan pistol mainan sambil bernyanyi semasa musim menuai padi sungguh menyeronokkan. 

4. Panorama di puncak gunung di Cameron Highlands sungguh luar biasa kerana pelancong boleh melihat pelbagai gunung-ganang dan awan-gemawan yang berarak melepasi mereka.

5. Persembahan tarian yang menggunakan loceng dan taring gajah di negara Afrika dianggap sungguh unik kerana belum pernah dilihat oleh Hisham.

Monday, February 9, 2009

PEMBETULAN WARKAH DARI SEBERANG - 1E

Pemahaman

1. Tujuan Mak Cik Safiah ke rumah penulis ialah menyampaikan kiriman daripada ibu penulis dan memberikan khabar.

2. Sejak berada di luar negara, penulis menimba pengalaman mengurus segala keperluan sendiri, berkenalan dengan rakan baru, merindui adik dan keluarga, dan menyesuaikan diri dengan suasana baru.

3. Penulis berbangga terhadap neneknya kerana neneknya mendapat anugerah ‘Tinta Emas 2003 dan menjadi pendorong kepada penulis untuk mengejar cita-citanya.

4. Illyana boleh dikatakan datang daripada keluarga yang mewah kerana dia sedang melanjutkan pelajarannya di luar negara iaitu Australia dan keluarganya juga menggajikan Bibi Tuti sebagai pembantu rumah untuk menguruskan keperluan di rumah.

5. Hubungan penulis dan keluarganya rapat dan mesra.  Hal ini dapat dibuktikan oleh penyataan penulis bahawa dia merindui gurau senda bersama adiknya dan hilai tawa adiknya masih terdengar-dengar olehnya.

 

Kosa Kata

1.   mengambil berat

2.   peroleh

3.   mengendalikan

4.   terdengar-dengar

5.   diberi penghargaan

 

Binaan Ayat

1.   Ibu bapa Haziq selalu prihatin terhadap pelajarannya dengan menyemak semua kerja sekolah setiap hari dan menelefon guru di sekolah untuk mengetahui kelakuan Haziq di sekolah.

2.   Encik Sahak banyak timba pengalaman bertani semasa menetap di Kedah selama sepuluh tahun.

3.   Rohana bijak mengurus masanya dengan membahagikan masa untuk setiap kegiatan dalam jadual hariannya.

4.   Suara Juwita masih terngiang-ngiang di gegendang telinga Azmi setelah Juwita melarikan diri dari rumah.

5.   Sumbangan Yusof mencipta alat canggih yang dapat membantu orang buta menyeberang jalan raya dengan selamat diiktiraf oleh Persatuan Pemikir Kreatif Sedunia.

Pembetulan Ujian Mingguan - 2NA (17/2/09)

1. menyusuli

2. pengilangan

3. dagangan

4. ditinjau

5. meramalkan

6. disebabkan

7. perhotelan

8. pendapatan

9. bertambah

10. keempat

 

11. keadaan yang aktif

12. syarikat

13. menjangkakan

14. informasi

15. kenderaan

16. menurun

17. keadaan yang hampir tidak boleh digunakan lagi

18. terganggu

19. pekerja

20. perdagangan

 

21. Kelembapan ekonomi negara yang tumbuh dua peratus pada tahun ini dibandingkan enam peratus pada tahun lalu dikatakan menggugat kestabilan sosial negara.

22. Banyak firma di dalam industri pembuatan terpaksa ditutup ekoran daripada kekrangan modal untuk berniaga.

23. Ramai orang meramalkan Hizam akan gagal peperiksaannya kerana dia seorang pelajar yang nakal walaupun dia kerap membaca buku dan mengulang kaji pelajarannya.

24. Syarikat Bas Singapura (SBS) akan menambah 10 buah lagi bas untuk menampung permintaan penumpang supaya khidmat pengangukutan awam bertambah efisien.

25. Keputusan peperiksaan adik Zamzuri merosot setelah menerima markah tujuh puluh peratus untuk kertas bahasa Melayu pada tahun ini dibandingkan dengan markah sembilan puluh tujuh peratus pada tahun lalu.

26. Keadaan kapal itu teruk kerana banyak dinding dan lantai kapal itu berlubang sehinggakan pelayarannya dibatalkan.

27. Ubat yang dimakan oleh Tina untuk sakit barahnya menyebabkan dia kerap tidur di dalam kelas sehingga pelajarannya terjejas.

28. Projek binaan bangunan tinggi yang baru dilancarkan oleh kerajaan memerlukan jumlah tenaga manusia yang ramai dan mempunyai kemahiran yang tinggi.

29. Puan Zaiton memulakan perniagaan runcit menjual barang-barang keperluan pasar semenjak sepuluh tahun yang lalu.

Tugasan Artikel : Keselamatan Di Jalan Raya: Siapa Yang Harus Disalahkan?

1.     Golongan yang paling tinggi terdedah kepada kemalangan jalan raya ialah penunggang motosikal yang kebanyakannya terdiri daripada golongan remaja. 

2.     Faktor masalah kejuruteraan merujuk kepada keadaan dan persekitaran jalan raya yang tidak selamat antaranya stuktur jalan raya yang tidak sesuai untuk memandu, tiada garisan pembahagi jalan yang jelas, jalan yang terlalu sempit, keadaan jalan yang berlopak dan berlubang. ketiadaan bahu jalan raya, tanda-tanda jalan yang terselindung oleh pokok-pokok atau objek lain dan berselerakan objek seperti batu dan pasir. 

 

3.     Lorong-lorong kecemasan dianggap sebagai perangkap maut kerana terdapat pemandu dan penunggang motosikal yang memberhentikan kenderaan mereka untuk berehat.  Lorong kecemasan seharusnya digunakan oleh kenderaan kecemasan seperti ambulans dan polis.  Hal yang demikian membahayakan diri mereka ketika cuaca hujan lebat atau semasa kecemasan kerana kenderaan kecemasan seperti kereta ambulans dan polis boleh melanggar kenderaan pemandu dan penunggang yang berehat di lorong itu dari belakang.

 

4.     Sikap pemandu dikatakan faktor lebih penting dalam usaha mengurangkan korban nyawa kemalangan jalan raya kerana pakar psikologi mengakui bahawa mengubah sikap merupakan usaha yang sukar dilakukan lebih-lebih lagi dengan kelompok remaja yang penuh dengan pergolakan hidup. Sementara itu masalah kejuruteraan mudah diatasi jika penyelengaraan dilakukan secara berterusan dan terancang.

 

5.     Usia enam belas tahun tidak lagi dianggap selamat untuk diberikan lesen kerana golongan usia ini terdiri daripada remaja.  Remaja sering dikaitkan dengan sikap ekstrovert iaitu sikap memandu secara cuai dan menunjuk-nunjuk.  Remaja juga dikaitkan dengan mempunyai masalah sikap mematuhi peraturan dan kurang bertanggungjawab.  Berdasarkan sikap remaja yang disebutkan, kemalangan jalan raya mungkin lebih tinggi jika lesen memandu diberikan seusia enam belas tahun.

 

6.     tersembunyi/tertutup

7.     mempedulikan/menghiraukan

8.     kaitan

9.     sekelilingnya

10.   pemeliharaan

11.   golongan/kumpulan

12.   disiplin

13.   meningkat

 

 

14.   Taman Haiwan Singapura berpoerasi untuk para pengunjung dari jam sepuluh pagi hingga jam lima petang setiap hari. 

15.   Keputusan para pengadil mengenai kumpulan yang memenangi pertandingan pidato peringkat kebangsaan dianggap muktamad iaitu tidak boleh diubah atau dipertikaikan. 

16.   Kes jenayah yang semakin meningkat di Sekolah Menengah Rotary memberi implikasi kepada masyarakat umum bahawa pengawalan disiplin di sekolah itu tidak rapi dan guru-guru yang bertugas tidak cekap menangani masalah disiplin.

17.   Masalah keretakan rumah tangga dan kehilangan pekerjaan berikutan daripada kegawatan ekonomi menyebabkan Encik Surip menghadapi ketegangan hidup untuk membiayai segala bil elektrik dan menanggung segala kos perbelanjaan di rumah.

18.   Kempen anti merokok ditujukan kepada kumpulan sasaran remaja kerana mereka terdiri daripada kumpulan pesakit yang paling banyak menghidapai masalah barah paru-paru akibat merokok.  

Saturday, September 13, 2008

Tugasan 2E

Tulis sebuah karangan bertajuk berikut.  Karangan kamu hendaklah ditulis di dalam kertas fulskap dan panjang karangan kamu tidak boleh kurang daripada 300 patah perkataan.

Semangat Kejiranan Yang Kuat Mengutuhkan Perpaduan Masyarakat.


Karangan hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 16 September 2008, Selasa.

Friday, September 12, 2008

Tugasan Karangan 1NA

Tulis sebuah karangan yang bertajuk berikut.  Karangan kamu TIDAK BOLEH kurang daripada 280 patah perkataan.  Kamu dikehendaki menulis jumlah pekataan di akhir karangan kamu.  Karangan kamu hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 16 September 2008 (Selasa).    

Ciri-ciri seorang pelajar yang cemerlang.  Bincangkan.  [50 markah]

Panduan:

Perenggan Pertama

Pendahuluan

Apakah tanggapan masyarakat, diri kamu, sekolah, Islam seorang pelajar yang cemerlang?  Apakah yang dimaksudkan dengan ‘cemerlang’?

 

Isi #1

- Ciri-ciri pelajar cemerlang  (contoh : rajin)

- huraian (terangkan apa yang dimaksudkan dengan rajin, kesan dan manfaat bersikap rajin)

- contoh (pengalaman kamu sendiri atau anggota keluarga, cerita-cerita daripada suratkhabar)

 

Isi #2

- Ciri-ciri pelajar cemerlang  (contoh : bertanggungjawab)

- huraian (terangkan apa yang dimaksudkan dengan rajin, kesan dan manfaat bersikap bertanggungjawab)

- contoh (pengalaman kamu sendiri atau anggota keluarga, cerita-cerita daripada suratkhabar)

 

Isi #4

- Ciri-ciri pelajar cemerlang 

- huraian (terangkan apa yang dimaksudkan dengan rajin, kesan dan manfaat bersikap rajin)

- contoh (pengalaman kamu sendiri atau anggota keluarga, cerita-cerita daripada suratkhabar)

 

Isi #3

- Ciri-ciri pelajar cemerlang 

- huraian (terangkan apa yang dimaksudkan dengan rajin, kesan dan manfaat bersikap rajin)

- contoh (pengalaman kamu sendiri atau anggota keluarga, cerita-cerita daripada suratkhabar)

 

Penutup

Apakah kelebihan menjadi cemerlang?  Bagaimana cara hendak menjadi cermerlang? 

Saturday, September 6, 2008

Pelajar 1NA

1. Semua pelajar 1N dikehendaki menyelesaikan pembetulan tugasan karangan yang telah dipulangkan sehingga esok.

2. Semua pelajar dikehendaki mengulangkaji semua aspek tatabahasa yang telah dibentangkan di dalam kelas sehingga esok. Kamu akan diberikan ujian minggu ini. Jika kamu tidak pasti, sila rujuk buku teks 1B. Pastikan kamu baca seluruh buku teks. Tidak ada muka surat yang terkecuali.

3. Tugasan karangan jenis dialog yang lalu sungguh mengecewakan. Ramai yang gagal kecuali seorang sahaja yang lulus. Tahniah kepada Hariz.