Pemahaman
1. Tujuan Mak Cik Safiah ke rumah penulis ialah menyampaikan kiriman daripada ibu penulis dan memberikan khabar.
2. Sejak berada di luar negara, penulis menimba pengalaman mengurus segala keperluan sendiri, berkenalan dengan rakan baru, merindui adik dan keluarga, dan menyesuaikan diri dengan suasana baru.
3. Penulis berbangga terhadap neneknya kerana neneknya mendapat anugerah ‘Tinta Emas 2003 dan menjadi pendorong kepada penulis untuk mengejar cita-citanya.
4. Illyana boleh dikatakan datang daripada keluarga yang mewah kerana dia sedang melanjutkan pelajarannya di luar negara iaitu Australia dan keluarganya juga menggajikan Bibi Tuti sebagai pembantu rumah untuk menguruskan keperluan di rumah.
5. Hubungan penulis dan keluarganya rapat dan mesra. Hal ini dapat dibuktikan oleh penyataan penulis bahawa dia merindui gurau senda bersama adiknya dan hilai tawa adiknya masih terdengar-dengar olehnya.
Kosa Kata
1. mengambil berat
2. peroleh
3. mengendalikan
4. terdengar-dengar
5. diberi penghargaan
Binaan Ayat
1. Ibu bapa Haziq selalu prihatin terhadap pelajarannya dengan menyemak semua kerja sekolah setiap hari dan menelefon guru di sekolah untuk mengetahui kelakuan Haziq di sekolah.
2. Encik Sahak banyak timba pengalaman bertani semasa menetap di Kedah selama sepuluh tahun.
3. Rohana bijak mengurus masanya dengan membahagikan masa untuk setiap kegiatan dalam jadual hariannya.
4. Suara Juwita masih terngiang-ngiang di gegendang telinga Azmi setelah Juwita melarikan diri dari rumah.
5. Sumbangan Yusof mencipta alat canggih yang dapat membantu orang buta menyeberang jalan raya dengan selamat diiktiraf oleh Persatuan Pemikir Kreatif Sedunia.